Anda Klik, Anda Smart

Isnin, 21 November 2011

IR(Infrared) Photography

Perkampungan Hiliran Kuala Terengganu
Diambil dari Compact Camera IR versi Sin City



Apa itu IR?

Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau dengan menggunakan filter IR yang di pasang di depan lensa kamera. Kamera & filter IR tersebut dapat merakamkan radiasi cahaya IR (invisible light) yang dihasilkan pada gelombang tertentu yang dibaca dalam skala nanometre (nm).
Apa itu cahaya?
Cahaya ada adalah merupakan bentuk tenaga biasanya dirujuk sebagai sebahagian spectrum elektromagnetik yang dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia. Cahaya yang tidak dijangkau oleh deria manusia di kenali sebagai spectrum ultraviolet dan radiasi Infrared
Semua tenaga ini yang dihasilkan oleh matahari dapat dibezakan oleh Wavelength , cahaya yang dapat dikesan oleh deria manusia(visible light)  bermula dari 380nm-730nm,
Manakala cahaya yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia dikenali sebagai Radiasi Infared(730nm – 1000000nm)
Radiasi Infared ini dibahagikan kepada dua jenis yang berlainan iaitu Near Infrared(730nm – 2000nm) yang mana deria penglihatan manusia tidak dapat mengesan cahaya ini tetapi boleh dikesan oleh CCD atau CMOS kamera, manakala Far Infrared(1200nm – 1000000nm) dalam bentuk haba yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan atau sensor kamera.

Apakah Digital Infrared Photography?
Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau menggunakan filter IR, cahaya yang terakam pada sensor atau filem adalah sebenarnya pantulan sumber cahaya(matahari) terhadap objek tertentu,maka terhasilah imej infrared.Ianya akan menghasilkan kesan warna yang menarik & menjaukaui pandangan mata normal manusia pada gambar yang dirakam.

Dipetik dari Digitaliris.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan