Anda Klik, Anda Smart

Rabu, 30 November 2011

Perak - Kuala Terengganu

  Hari ini masa untuk pulang dari kampung Isteri iaitu di perak setelah 4 hari berada disana.Semasa berada disana.banyak tempat-tempat yang menarik perhatian saya seperti taman rekreasi Gunung Lang.Saya pergi sana pun dalam pukul 6.30 petang.Nak amik gambar  masa nie kurang best skit sebab cuaca agak mendung selepas hujan seharian.Awan-awangan pun tiada.Sebelum tu,Pergi service kereta di toyota service centre ipoh.tempatnya amatlah besar jika dibandingkan tempat yang lama dahulu.Disini saya sertai foto-foto sepanjang saya tinggal dirumah Emak Mertua dan sepanjang perjalanan saya untuk pulang ke Terengganu



Boat Transit Gunung Lang digunakan jika pengunjung ingin ke pulau diseberang.Keadaa tempat yang menarik dan dengan kehijauan bukit bukau ditepi amat menyejukkan mata yang memandang

Salah satu tempat ruang menunggu di Toyota Service Centre Ipoh.Tempat amat-amat selesa dengan ada kemudahan tv,internet dan pc yang disediakan.Terdapat 2 tingkat untuk pelanggang menunggu semasa service dilakukan

Tempat ruangan di Toyota Service Centre Ipoh amat besar dan kerja-kerja yang dilakukan amatlah sekejap

Anak kesayangan saya yang penat bermain di dalam ruangan menunggu di Toyota Service Centre.
Nur Zahirah Husna

Pemandangan dari Hentian Rehat Titiwangsa didalam infrared.Sesiapa yang melalui dari pantai timur ke utara tidak akan lengkap jika tidak singgah ke tempat ini kerana udara yang amat sejuk dan nyaman serta pemandangan sekitar membolehkan kita melihat keindahan gunung atau Banjaran Titiwangsa

Panorama Taman Rekriasi Gunung Lang Ipoh
Beginilah keadaan Taman tersebut didalam 180 Darjah kita lihat.Terdapat banyak kawasan bukit-bukit yang memukau pemandangan kita
"Klik Pada Gambar untuk besar"






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan