Anda Klik, Anda Smart

Rabu, 30 November 2011

Perak - Kuala Terengganu

  Hari ini masa untuk pulang dari kampung Isteri iaitu di perak setelah 4 hari berada disana.Semasa berada disana.banyak tempat-tempat yang menarik perhatian saya seperti taman rekreasi Gunung Lang.Saya pergi sana pun dalam pukul 6.30 petang.Nak amik gambar  masa nie kurang best skit sebab cuaca agak mendung selepas hujan seharian.Awan-awangan pun tiada.Sebelum tu,Pergi service kereta di toyota service centre ipoh.tempatnya amatlah besar jika dibandingkan tempat yang lama dahulu.Disini saya sertai foto-foto sepanjang saya tinggal dirumah Emak Mertua dan sepanjang perjalanan saya untuk pulang ke Terengganu



Boat Transit Gunung Lang digunakan jika pengunjung ingin ke pulau diseberang.Keadaa tempat yang menarik dan dengan kehijauan bukit bukau ditepi amat menyejukkan mata yang memandang

Salah satu tempat ruang menunggu di Toyota Service Centre Ipoh.Tempat amat-amat selesa dengan ada kemudahan tv,internet dan pc yang disediakan.Terdapat 2 tingkat untuk pelanggang menunggu semasa service dilakukan

Tempat ruangan di Toyota Service Centre Ipoh amat besar dan kerja-kerja yang dilakukan amatlah sekejap

Anak kesayangan saya yang penat bermain di dalam ruangan menunggu di Toyota Service Centre.
Nur Zahirah Husna

Pemandangan dari Hentian Rehat Titiwangsa didalam infrared.Sesiapa yang melalui dari pantai timur ke utara tidak akan lengkap jika tidak singgah ke tempat ini kerana udara yang amat sejuk dan nyaman serta pemandangan sekitar membolehkan kita melihat keindahan gunung atau Banjaran Titiwangsa

Panorama Taman Rekriasi Gunung Lang Ipoh
Beginilah keadaan Taman tersebut didalam 180 Darjah kita lihat.Terdapat banyak kawasan bukit-bukit yang memukau pemandangan kita
"Klik Pada Gambar untuk besar"






















Isnin, 21 November 2011

IR(Infrared) Photography

Perkampungan Hiliran Kuala Terengganu
Diambil dari Compact Camera IR versi Sin City



Apa itu IR?

Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau dengan menggunakan filter IR yang di pasang di depan lensa kamera. Kamera & filter IR tersebut dapat merakamkan radiasi cahaya IR (invisible light) yang dihasilkan pada gelombang tertentu yang dibaca dalam skala nanometre (nm).
Apa itu cahaya?
Cahaya ada adalah merupakan bentuk tenaga biasanya dirujuk sebagai sebahagian spectrum elektromagnetik yang dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia. Cahaya yang tidak dijangkau oleh deria manusia di kenali sebagai spectrum ultraviolet dan radiasi Infrared
Semua tenaga ini yang dihasilkan oleh matahari dapat dibezakan oleh Wavelength , cahaya yang dapat dikesan oleh deria manusia(visible light)  bermula dari 380nm-730nm,
Manakala cahaya yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia dikenali sebagai Radiasi Infared(730nm – 1000000nm)
Radiasi Infared ini dibahagikan kepada dua jenis yang berlainan iaitu Near Infrared(730nm – 2000nm) yang mana deria penglihatan manusia tidak dapat mengesan cahaya ini tetapi boleh dikesan oleh CCD atau CMOS kamera, manakala Far Infrared(1200nm – 1000000nm) dalam bentuk haba yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan atau sensor kamera.

Apakah Digital Infrared Photography?
Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau menggunakan filter IR, cahaya yang terakam pada sensor atau filem adalah sebenarnya pantulan sumber cahaya(matahari) terhadap objek tertentu,maka terhasilah imej infrared.Ianya akan menghasilkan kesan warna yang menarik & menjaukaui pandangan mata normal manusia pada gambar yang dirakam.

Dipetik dari Digitaliris.com.my

My New Hobby

   Akhit tahun 2010.aku hanya manusia biasa yang tidak tahu akan apa itu nilai sesebuah gambar.Setelah diracun oleh sahabat yang kira sudah lama berkecimpung dalam dunia digital ini,Aku pun nekad untuk membeli sebuah kamera yang entry level iaitu Nikon D3100.Dia adalah first DSLR yang aku pakai.Sebelum itu,aku ada satu camera compact jenis canon.
   Aku hanya belajar melalui sahabat aku yang racun aku tadi pasal basic photography ini selain daripada majalah,youtube dan facebook.Boleh dikatakan hanya itu saja guru aku.Nak kluo outing memang tak ada masa.Maklumla,aku kerja x kira waktu(Kerja shift).Orang lain bercuti,aku bekerja.jadi teman aku untuk meluaskan lagi akan pengetahuan photography ni hanya youtube dan bahan bacaan dan sekali sekala keluar untuk mempertajamkan skill melalui bahan-bahan yang aku baca dan tengok tadi.
   Hari ke hari,minggu ke minggu,bukan ke bulan.Pejam celik dah dekat setahun aku perkecimpung dalam dunia photogaphy ini.Aduisshh...cepatnya masa berlalu tapi skill aku mcm tu jugak.Tak ada peluang nak gi outing bersama-sama dengan geng-geng photog yang lain dan pro.Apa pun,aku hanya nak jadi low profile je.orang tegur akan gambar kita,kita terima.Disitu la kita dapat tahu kelemehan sesebuah gambar yang kita ambil
   Apapun,aku mungkin tak akan berhenti sampai disini.aku akan terus dan terus mengilai hobi terbaru aku ini....