Anda Klik, Anda Smart

Sabtu, 11 Februari 2012

My infrared

Assalamualaikum...

   Apa yang hamba janjikan mengenai gambar dari Nikon d3100 IR?Dibawah ini hamba sertakan  gambar-gambar yang terbaru dari versi IR hamba yang diambil sekitar Kuala Terengganu




Rabu, 8 Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
   semalam ada la sempat mengetest kamera d3100 yang baru diambil oleh otai Infrared aiaitu abam Bob Shahrul..xcited punya pasal sampai filter kamera pun tak dicuci sampai ada dust kat gambar.jadi untuk kali ini,hamba hanya menunjukkan sample dari kamera d3100 hamba yang baru dioprek.Ini pun sempat ambil 1 gambar sahaja.nanti kalau ada gambar-gambar yang lain,hamba akan upload dari masa ke semasa

 
                                                                    Hasil dari Nikon D3100 versi Goldie Pro
 

Selasa, 7 Februari 2012

Assalamualaikum...
   Syukur kehadrat illahi memberi cuaca yang agak cantik pada hari ini.Hamba tak akan meyentuh pasal apa-apa mengenai basic photography tetapi akan menyediakan gambar-gambar dar hamba buat masa sekarang.Bukan apa,jikalau basic untuk photography tu ada kat mana-mana dan berlambak di siaran blog-blog yang lain.Nak ulang benda yang sama rasanya boring sikit.Tapi itu la soalan yang dihujah pada hamba tiap-tiap kali bila buka Facebook.
   Apa pun,jikalau anda betul-betul dah cari tetapi tidak dapat jawapan,mungkin hamba boleh tolong jikalau hamba tahu..Rasanya hari nie nak gi outing bersama kamera D3100 hamba yang baru saje di "oprek" Infrared versi goldie pro.Nantikan kemunculan dan hasil dari goldie pro versi ini.Hamba akan post kat wall mengenai Infrared...Tak tau dah nak tulis apa..stop dulu la.. :)

  Salam dari hamba....


Isnin, 6 Februari 2012

SIBUK

Assalamualaikum....
   Hamba tengok blog hamba pun sampai sekarang tak update-update lagi...Sebab keje terlalu banyak.Bulan depan lagi banyak...Untuk pengetahuan semua,Nikon d3100 hamba sebenarnya dah dioprek kepada normal ke Infrared.Mungkin terlalu ramai yang bermain dengan gambar-gambar normal.Nak beralih angin ke sesuatu yang "luarbiasa" sikit.
   Untuk di malaysia sahaja,"Musim" beralih angin kepada infrared mungkin akan melanda dengan adanya group-group infrared di malaysia seperti  digitaliris dan infrared revolution.Anda semua boleh mencari dilaman facebook.Kedua-dua group ini mempunyai pengikut dan versi-versi yang berlainan sekali didalam dunia infared ini.Sebagai contoh kebanyakkan kamera yang di"oprek" sendiri atau made in malaysia berasal dari digitaliris.com.my.Untuk group Infrared Revolution pula,kebanyakkan kamera ditempah dari indonesia kerana kita tahu,untuk asia,infared ini berasal dari Indonesia dan versi-versi pula amat menarik sekali.anda semua boleh search di google dengan menaip myinfrared untuk melihat versi-versi infrared.
   Sememangnya Infrared ini boleh menyediakan sesuatu yang luar biasa kepada gambar yang kita ambil.
Nanti hamba akan uploadkan hasil dari infarerd nikon D3100 hamba untuk tontonan umum...

Sekian.Kalau ada apa-apa berita,hamba akan update dari masa ke semasa



Rabu, 7 Disember 2011

Pulau Warisan

   Gambar nie dirakam di Pulau Warisan Kuala Terengganu.Ramai la jugak pengunjung yang datang. Sambil-sambil datang tu,amik la beberapa keping gambar.Sebab saya tidak pernah ambil sebarang gambar melalui view dari Pulau Warisan ini.Jadi ambil la beberapa keping untuk dijadikan kenangan dan tatapan untuk semua. Gambar nie ada 2 Versi yang berbeza.Dari Nikon d3100 dan Fujifilm X100.

Dari nikon D3100
Exif:  Exposure: 30s | Aperture: f13 | Focal Length 18mm Lens Kit lens | Iso 100
Hotel Resident
Dari Nikon D3100
Exif:  Exposure: 25s | Aperture: f13 | Focal Length: 22mm kit lens | Iso 100

My Family
Dari Fujifilm Finepix X100
Exif:  Exposure: 1/30s | Aperture: f2.8 | Focal Length 23mm(fit) | Iso 2500

*Kedua gambar mempunyai setting yang sama kecuali gambar dibawah Iso 3200






Untuk Gambar dari fujifilm x100,saya hanya menggunakan Handheld sahaja.Jika kita dapat tengok gambar ini agak tidak stabil tetapi hasilnya gempak jika kita bandingkan dengan DSLR dengan iso yang tinggi dan juga menggunakan Handheld













Isnin, 5 Disember 2011

Gambar Dari Fujifilm X100

   Kesemua gambar didalam ini adalah dari camera Fujifilm finepix x100.Camera ini mempunyai lens yang telah ditetapkan di bahagian "body" camera iaitu 23mm fix lens.Untuk gambar dari Camera ini,saya akan update dari semasa ke semasa





My Lovely Compact Camera And Best Ever Camera I Have


Kampung Seberang Takir
Exif: Xposure: 1/1100 | Aperure : F8 | Iso 200 Focal Length: 23mm


Gunung Lang Ipoh
Exif: Exposure 1/200 | Aperture F2.8 | Focal Length 23mm | Iso 400


Pulau Duyung view dari atas Bot penambang Kampung Seberang Takir
Exif:Exposure 1/1100 | Aperture F8 | Focal Length 23mm | Iso 200


Lomo style
Diambil di tempat menunggu pusat Servicec Toyota Ipoh
Exif:Exposure 1/56 | Aperture F2.8 | Iso 800


Street Phography
Diambil di perkarangan Pasar Payang Kuala Terengganu
Exif: Exposure 1/600 | Aperture F2.8 | Iso 200


               Pusat Service Toyota Ipoh
                        Exif: Exposure 1/120 | Aperture F2.8 | Iso 400 | Exp Value 0.67
























































Ahad, 4 Disember 2011

Gambar-Gamba Hasil Dari Compact Camera Infrared

   Kesemua Gambar-gambar ini diambil dari compact camera yang telah dioprek menjadi versi sin city.
Anda boleh mendapatkan dari www.digitaliris.com.my atau boleh menghubungi Dome Nikong jika anda berada di kawasan Kuala Terengganu.
   





Masjid Kristal


Panorama Sungai Terengganu Dan Masjid Kristal


Panorama Kampung Hiliran


Kampung Hiliran


Panorama Bandaraya Ipoh


Saya akan mengupdate jika ada gambar-gambar yang terbaru beserta tarikh akan diberi